Yeay...cukup cukup
sudah...dah sampai bulan muharam balik ek...
Pelik cpt betul
mase skunk…rasenye ade post ttg awal muharam u tahun lepas..
Macam mimpi dah nak
abis tahun dah..umur nak masuk 25…orang dah nak beranak pinak..kite baru nak
Abis belajar..rezeki
masing2 laa..kan…takpe…tak lama lagi daku la..eheeeeek (gaya gedik)
So arini daku mau
cut & paste pasal bulan muharam nie..sbg pelajaran u daku..semoga
Daku jadi solehah
islam penuh ilmu di dada..bukan name islam tp tak tau ape maknenye jd org islam..so sambil
daku bace
Info penting , daku paste laa.dlm blog..daku..
so wiki-wiki tell me what s bulan muharam
ooh name lain iaitu Bulan Allah..
emm lagi apekah peristiwa2 penting terjadinya dibulan ini
Fiqh & Sunnah blog
emm ape lak hikmah bulan muharam ye...
sumber: harakah daily
apa yang kita boleh
lakukan atau amalan sunnah dibulan ini
Amalan sunnah Muharam
• Di
antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa
sunnah.Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal
setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut
adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam
bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk
sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan
beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10
Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu
hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya,
maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun
turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa
daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam
untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
• Sejarah
penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah
Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian
apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan
memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
• Tetapi
setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura
menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang
hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa,
juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW
bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam,
tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada
hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para
sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan
oleh Yahudi dan Nashara.”
• Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika
begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke
sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan,
beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar
berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga
turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura
sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH
agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)
sumber: Islam itu indah
okay lagi dan lagi...
jangan lupa tau bace nie..doa awal tahun & akhir tahun
sumber: Facebook
Okay tu je,,alhamdulilah...TQ Allah
No comments:
Post a Comment
With my pleasure..