10 Faktor Perniagaan Gagal
#1 – Tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan
Namun tidak mustahil juga untuk usahawan yang tiada sebarang pengalaman, atau ilmu mengalami kerugian dalm perniagaan.
Terdapat banyak kursus atau seminar yang ditawarkan kepada usahawan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, selain dari institut-institut pengajian atau kolej yang menawarkan pendidikan secara formal.
#2 – Tidak mempunyai skil dalam pengurusan
Kesilapan yang dilakukan ramai usahawan ketika ini ialah, mereka hanya tahu menguruskan belanjawan syarikat untuk mendapatkan stok atau produk.
Tetapi tidak mampu untuk menguruskan belanja tersebut supaya syarikat mempunyai simpanan dan wang pusingan modal yang mencukupi.
#3 – Tidak menggunakan bakat secara maksimum
Sesetengah usahawan adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti
jurureka dalaman (
interior designer) atau jurufoto.
Sebagai usahawan yang mempunyai bakat dan kepakaran tertentu, anda harus menggunakan segala bakat tersebut secara maksimum.
Ini bertujuan memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai sentuhan anda sendiri, yang tentunya akan dicari oleh para pelanggan anda.
Bakat yang ada tidak harus disia-siakan.
#4 – Tidak bersedia bekerja lebih masa
Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah seperti bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang.
Menjalankan perniagaan bermakna anda harus bekerja hampir 24 jam sehari (atau mungkin lebih).
#5 – Tidak mendapat sokongan keluarga
Kebanyakan perniagaan yang berjaya mendapat sokongan dari keluarga.
Dari segi kehidupan seorang Muslim, amat penting anda mendapatkan restu dari ibubapa sebelum memulakan sebarang perniagaan.
Maklumkan mereka kenapa dan mengapa anda menjalankan perniagaan.
#6 – Tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi
Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata.
Ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.
Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.
Namun, ia berbeza-beza mengikut jenis bidang perniagaan anda.
#7 – Tiada networking
Dalam apa sahaja perniagaan yang diceburi, networking ialah perkara yang tidak boleh dipandang remeh.
Anda cuba bayangkan sekiranya anda langsung tiada atau tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan (networking) dengan orang lain.
Mungkin ada dikalangan jaringan hubungan anda akan menjadi pelanggan utama anda. Apa yang akan anda kehilangan?
Dalam Islam juga mengajak umatnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia.
Hanya melalui cara ini anda dapat mengembangkan perniagaan dengan baik, dan secara halus tanpa memaksa seseorang mendapatkan produk anda.
#8 – Tidak berusaha keras
Satu kerugian yang amat sangat sekiranya anda menjalankan perniagaan, tetapi anda tidak sanggup bekerja keras untuk perniagaan tersebut.
Sebagai usahawan, anda seharusnya seorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi supaya anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
#9 – Tidak sanggup berhadapan krisis
Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh usahawan ketika menjalankan perniagaan.
Dugaan ketika berhadapan dengan pesaing, ketika mengalami kejatuhan keuntungan dan pelbagai lagi yang mungkin anda hadapi.
Anda perlu bijak menangani sebarang krisis yang timbul dalam menjalankan perniagaan.
#10 – Terlalu fokus pada produk
Ramai usahawan sebegini. Terlalu memfokuskan pada penghasilan dan jualan produk dan meminggirkan perkara penting yang perlu difokuskan. Iaitu pemasaran dan khidmat pelanggan.
Pemasaran merupakan tonggak utama produk anda terjual, manakala khidmat pelanggan pula kunci utama supaya pelanggan yang membeli, atau mendapatkan servis anda
menjadi pelanggan setia.
Copycat dari http://www.majalahniaga.com/10-faktor-perniagaan-gagal.html#axzz2NKvSI2Lq..Tq for sharing dis info